Saturday, 27 December 2008

Bukit Meriam : Apa Yang Menarik Ada di Sini

Lagenda : "Katoq Bukit Meriam"panggilan bahasa sini merupakan laluan air dari puncak ke kaki bukit kemudian membentuk anak sungai (sungai Meriam) hingga ke laut. Kedalamannya diantara 0.5 hingga 1.8 meter dan lebar lebih kurang 1 hingga 2 meter. Berdasarkan saiz nya ia seperti laluan air yang deras tetapi bukit Meriam hanya berketinggian 340 meter adalah mustahil mempunyai punca air seperti yang didapati di gunung. Yang misteri disini ialah bagaimana ia terbentuk dan ia kekal tanpa tertimbus walau tiada air yang mengalir. Jadi mitos yang mengatakan ia laluan meriam memberi kita gambaran yang mitos itu betul. Jadi kalu mahu lihat Katoq Bukit Meriam sila lah datang melawat.
Sejarah : Kota Bukit Meriam, merupakan kota atau kubu batu dalam usia lebih seratus tahun. Ia dibina dengan susunan batu kawi yang kononnya untuk di buat makam yang berkeluasan 6 meter panjang dan lebar dan ketinggian hanya tinggal 1 meter setelah sedikit terkambus terkena runtuhan bukit. Pada zaman Jepun ia juga merupakan tempat berlindung dari letupan bom oleh penduduk kampung.
: Kubur 2 beradik. Kubur ini terletak dilereng bukit Meriam dan diceritakan di makamkan 2 beradik yang mati kelaparan. Cerita sedih ini terjadi mungkin lebih 100 tahun yang mana mereka menunggu ayah pulang membawa beras dengan menjual timba air yang di perbuat dengan upih pinang. Si ayah terpaksa berjalan lebih kurang 20km untuk menjualnya. Si ibu pula setelah anak menangis meminta nasi diceritakan telah membasuh bekas periuk beberapa kali untuk di berikan kepada anak sehingga lah anak tidak bertenaga lagi untuk hidup. Sekarang ini kubur ini sedikit tertimbus setelah terkena runtuhan bukit tetapi yang misterinya kubur ini masih kekal rata cuma ia dilapisi tanah sedalam 2 kaki sahaja walaupun sekililingnya telah terkambus tanah dan batu besar.

Rekreasi : Pancing Puyu, kalau tiba musim kering terutama selepas menuai padi merupakan syurga bagi kaki ikan air tawar seperti haruan,keli,puyu dan sepat. Di sini terdapat banyak"telaga" yang menjadi lubuk ikan setelah semua bendang kering. Bagi yang nak lebih extrim lagi telaga itu boleh di keringkan menggunakan pam jadi acara menangkap ikan jadi lebih seronok dan hasil yang banyak.

Kampung Bukit Meriam : Latar Belakang


Wednesday, 24 December 2008

Bukit Meriam : Berita/Pengumuman/aktiviti terkini

25 Dec 2008 : pengumuman apa yang berlaku di kampung bukit meriam seperti kematian, aktiviti kampung dan lain lain yang berkaitan. Maklumat akan dicuba untuk di updated secepat yang mampu. terima kasih.
25 Dec 2008 : Blog testing

Kampung Bukit Meriam : Sejarah

Sejarah nama Kg Bukit Meriam terdapat 2 versi. Versi pertama kononnya ia adalah nama seoarang seorang perempuan telah di sumpah oleh ibunya kerana derhaka. Kalau mengikut ejaan dahulu adalah Meryam iaitu nama perempuan tersebut. Setelah disumpah perempuan ini menjadi bukit. Bukit Meriam kalau dilihat dari jauh memang nampak seperti perempuan bunting sedang tidur Seperti pulau Dayang Bunting di Langkawi.
Versi kedua pula ia adalah nama sempena meriam yang berada di puncak bukit. Apa yang di ceritakan bila setelah bunyi letupan meriam itu bergolek turun dari puncak bukit hingga ke laut.